
Ahad, 7 April 2013
Smk Munshi Abdullah Menjadi Anak Angkat TM
Sungai Air Tawar: Sejarah Tercipta buat pertama kalinya, SMK Munshi Abdullah telah berjaya menjadi anak angkat kepada Syarikat Telekom Malaysia. Ini merupakan suatu penghargaan yang sangat tinggi bagi pihak sekolah. Dengan adanya TM ini telah membuka ruang seluas - luasnya kepada perkembangan pendidikan yang lebih berkualiti kepada pelajar - pelajar di sekolah ini. Semoga kehadiran TM untuk berkerjasama dengan pihak sekolah dalam bidang pendidikan menjadi titik tolak kepada kejayaan akan datang seterusnya mencapai status sekolah berprestasi tinggi.
Sabtu, 6 April 2013
sejarah sekolah ku
Mempunyai dua aliran yang dikenali sebagai Darjah Menengah Kebangsaan dan Darjah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris). Kelas- kelas darjah menengah ini menumpang di tiga buah sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Parit Baru, Sekolah Kebangsaan Sungai Air Tawar dan Sekolah Kebangsaan Simpang Empat, Bagan Nakhoda Omar.
Darjah-darjah menengah yang telah mula dibuka pada 11 Januari 1965. Tiap-tiap darjah menengah yang tersebut diketuai oleh seorang guru yang dipanggil Guru Ketua. Pada 8 Januari 1968, kelas-kelas tersebut telah dipindahkan ke bangunan sendiri seperti yang ada sekarang dan dikenali sebagai Sekolah Menengah, Sabak Bernam Barat.
Y.A.B Tun Abd Razak bin Hussein telah menyempurnakan perasmian sekolah ini pada 29 Mac 1969 dan namanya telah ditukar kepada Sekolah Menengah Munshi Abdullah, Sabak Bernam Barat.
Pada tahun 1964, pihak Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan arahan agar membina sebuah sekolah menengah di kawasan DUN Sungai Air Tawar. Ahli Jawatankuasa Bertindak telah ditubuhkan untuk menguruskan projek tersebut. Ahli Jawatankuasa Bertindak yang dilantik menemui Menteri Pelajaran pada masa itu iaitu Encik Khir Johari dan mengajukan usul agar sekolah yang dipohon itu dibina pada akhir tahun 1966 dan mula digunakan pada tahun 1968. Kini sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah. Anda mungkin juga meminati:
visi dan misi sekolah ku
MISI
MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIDKAN BERKUALITI .
VISI
SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG
makna logo sekolahku
SMK Munshi Abdullah

Singkatan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah.
Warna Merah:
Berani, gagah berjuan mengikut kebijaksanaan.
Warna Biru :
Ilmu, keimanan dan ketakwaan.
Warna Putih:
Jiwa yang bersih untuk mencapai cita-cita murni.
Kancil :
Bijak seperti Sang Kancil
Roda:
Peredaran zaman dan perkembangan dan sains teknologi pendidikan.
Buku:
Melambangkan institusi ilmu dan para pelajar menuntut ilmu.
Bulatan:
Kegiatan sukan dan olahraga dapat mencergaskan badan dan mencerdaskan otak.
Tangan:
Lambang tangan menadah, bermaksud memohon restu daripada Allah SWT dan mendokong cita - cita murni.
Sekolah:
Cinta kepada ilmu.
smk munshi abdullah
smk munshi abdullah
Aku bersekolah di SMK Munshi Abdullah. Aku mendapati sekolah ini ramai orang tak kira bangsa dan budaya. Sekolah ini juga terdapat ramai pelajar dari luar daerah Sabak Bernam iaitu dari Kuala Lumpur dan Kelantan. Kawanku pula rumahnya di Sarawak tapi bapanya bekerja disini.
Rakan ku yang tinggal berjauhan akan tinggal di asrama. Asrama lelaki dipanggil Aspura dan asrama perempuan dipanggil Asruri. Makanan di asrama SEDAP-SEDAP.
Sehari makan empat kali iaitu sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam.
Rakan ku yang tinggal berjauhan akan tinggal di asrama. Asrama lelaki dipanggil Aspura dan asrama perempuan dipanggil Asruri. Makanan di asrama SEDAP-SEDAP.
Sehari makan empat kali iaitu sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam.
Langgan:
Catatan (Atom)